Friday, December 12, 2008

AIDILADHA MUNCUL KEMBALI.....

Wahai akhwat sekalian,marilah kita sama-sama menghayati kembali sejarah yang telah
berlaku ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dalam memartabatkan kesucian ISLAM pada
masyarakat QURAISY.Betapa agungnya Islam yang dibawa oleh junjungan besar kita Nabi
Muhammad.Adakah terdetik di hati-hati kita memikirkan mehnah-mehnah yang telaha
diterima oleh nabi-nabi terdahulu?Oleh itu,marilah kita sama-sama merenung firman Allah
Taala yang bermaksud :

"Maka tatkala anak itu sampai pada umur sanggup berusaha bersama-sama Ibrahim,Ibrahim berkata : "Hai anakku,sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku menyembelihmu,maka fikirkanlah pendapatmu".Maka ia menjawab : "Hai bapaku,kerjakanlah apa yang diperintahkan kepadamu,Insya-Allah kamu akan mendapatiku daripada orang-orang yang sabar. "

(Surah As-Shaaffaat : 102)

Sekiranya kita mampu mengembalikan masa lalu,tentu kita sebagai umat Islam yang BERKESEDARAN akan memilih peristiwa agung itu sebagai destinasi utama yang hendak dituju.Peristiwa ini sememangnya telah termaktub dalam kitab suci Al-Quran kerana di sebalik cerita ini terdapat banyak pengajaran yang terkandung di dalamnya.

Pengorbanan yang ditonjolkan oleh Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail mematuhi perintah ALLAH s.w.t mestilah dicontohi.Justeru,mengapa kita sanggup mengorbankan diri dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan ajaran-NYA.FIKIR-FIKIRKANLAH YER.....

No comments: