Saturday, December 13, 2008

INDAHNYA WANITA DI SISI ISLAM.....

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki
kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada
lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW
akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih
penyayang daripada bapa dan doa orang yang
penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik
daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan
orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.


4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya
akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di
dalam syurga.


5. Barangsiapa membawa hadiah (barang
makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan
kepada keluarganya) maka pahalanya seperti
melakukan amalan bersedekah.Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak
Nabi Ismail.


6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak
perempuan atau tiga saudara perempuan atau
dua anak perempuan atau dua saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka
dengan penuh rasa takwa serta sikap
bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang
ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu
terlebih dahulu.


9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang
diuji dengan sesuatu daripada anak-anak
perempuannya lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka.


10. Wanita yang taat berkhidmat kepada
suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan
terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-
mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak
dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka
semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat
di langit, matahari dan bulan semua beristighfar
baginya selama mana dia taat kepada suaminya
serta menjaga solat dan puasanya.


12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada
Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita?" Jawab Rasulullah
SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap
lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."


13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu,
puasa di bulan Ramadhan, memelihara
kehormatannya serta kepada suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya
dalam urusan agama, maka Allah SWT
memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu

15. Apabila seseorang perempuan
mengandung janin dalam rahimnya,maka
beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000
kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit
hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan
Allah.


17. Apabila seseorang perempuan melahirkan
anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka
bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya
diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur
dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah
SWT memberinya pahala seperti memerdekakan
70 orang hamba dengan ikhlas.
video

No comments: